Bagaimana Saya Pastikan Blog Diindeks Dengan Cepat Oleh Google

Bagi yang berblog, sudah semestinya menginginkan agar blog cepat diindeks oleh Google seterusnya mudah ditemukan melalui carian-carian mengikut keyword tertentu di enjin carian.

Untuk tujuan ini, saya menggunakan servis Google Webmaster Tools.

Pastikan Blog Diindeks Dengan Cepat Melalui Google Webmaster Tools

Menggunakan Webmaster Tools daripada Google ini seolah-olah anda mengetuk pintu lalu memperkenalkan blog anda secara terus kepada Google, iaitu antara enjin carian terbesar dan popular di dunia.

Saya dulu beranggapan bahawa menggunakan Google Webmaster Tools ini sesuatu yang sukar. Namun sebenarnya anggapan ini tidak tepat. Yang penting, hanya perlu rajin mencari dan membuat rujukan berkenaan hal ini.

Bagaimana Menggunakan Google Webmaster Tools

Langkah-langkah berikut boleh digunakan bagi ‘memperkenalkan’ blog kepada Google. Oleh sebab saya telah lama berdaftar dan menggunakan Google Webmaster Tools ini, langkah di bawah ini mungkin sedikit berbeza jika anda masih baru.

  1. Mendaftar dengan Google Webmaster Tools di sini
  2. Isi segala maklumat yang diperlukan
  3. Pada ‘Home’, klik pada butang Add Property dan masukkan url bagi blog yang ingin diperkenalkan

add site Google Webmaster Tools

Selepas menambahkan url blog dalam Webmaster Tools, satu mesej akan dihantar oleh Google ke emel. Mesej ini juga boleh diakses dan dibaca melalui dashboard Search Console Google Webmaster Tools.

emel improve search presence

Dalam emel ini, perkara paling penting yang saya lakukan ialah perkara bernombor 1, 2 dan 5.

1. Menambah Versi Dengan WWW Atau Tanpa WWW Blog

Blog yang dibina sebenarnya secara lalai (default) boleh diakses dalam dua versi samada dengan www atau tanpa www. Sebagai contoh, blog ini akan dipaparkan walaupun url yang dimasukkan adalah alimie.space semata-mata, atau dengan penambahan www di depannya menjadi www.alimie.space

Saya biasa menggunakan versi tanpa www. Oleh itu, saya mendaftarkan versi tanpa www dalam langkah sebelum ini. Dalam langkah ini, saya menambahkan satu lagi versi iaitu dengan www dengan menggunakan butang Add Property.

2. Memilih Versi Blog Yang Lebih Disukai

Setelah menambah versi www ke dalam Webmaster Tools, saya memilih agar Google mengindeks blog saya dengan versi tanpa www. Langkah ini penting kerana jika tidak dilakukan, Google mungkin menganggap blog dengan versi www dan versi tanpa www adalah dua blog yang berbeza.

Jika ini terjadi, akan berlaku masalah ‘duplicated content’ akan berlaku dan akan menganggu autoriti blog di ‘mata’ Google.

set preferred domain

5. Menghantar Sitemap

Oleh sebab saya memilih agar Google mengindeks blog tanpa versi www, saya menghantar sitemap saya ke bahagian blog tanpa versi url. Pada dropdown list property, saya memilih http://alimie.space seterusnya klik pada pautan Crawl > Sitemap.

Langkah untuk menghantar sitemap adalah mudah. Pertama sekali, saya memastikan url bagi sitemap blog saya. Menggunakan platform Ghost ini, sitemap telah dicipta secara automatik dan boleh diakses melalui url-blog/sitemap.xml

Seterusnya, saya memasukkan url sitemap tadi ke dalam ruang yang disediakan, mengujinya dengan klik pada butang Test dan apabila berpuashati, saya menghantarnya.

Ini adalah hasil sitemap yang dihantar.

submit sitemap

Memastikan Samada Blog Telah Diindeks Oleh Google

Saya menghantar sitemap pada malam 13 November dan waktu sekarang adalah sekitar 12.20 pagi 15 November.

Menggunakan terma carian site:alimie.space dalam ruang carian Google, ini adalah hasil yang dipaparkan.

Rumusan

Selain Google, terdapat juga webmaster tools yang lain seperti Bing Webmaster Tools. Akan tetapi, saya lebih suka menggunakan Google Webmaster Tools kerana sudah memahami fungsi-fungsi yang terdapat di dalamnya.

Tambahan pula, Google merupakan enjin carian paling popular dan paling banyak digunakan khususnya di Malaysia. Oleh itu, jika blog berjaya diindeks dengan baik oleh Google, peluang agar blog ditemukan melalui carian keyword melalui browser adalah lebih tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *