3 Langkah Mudah Cara Beli Nama Domain Di NameCheap

Nama Domain (domain name) bertindak sebagai papan tanda ataupun alamat kepada laman web. Web hosting pula merupakan ‘ruang’ untuk diletakkan bahan yang ingin dipamerkan pada lama web.

Pembelian nama domain boleh dilakukan samada secara serentak dengan pembelian web hosting ataupun secara berasingan.

Membeli nama domain serentak dengan web hosting adalah lebih mudah kerana biasanya aka menggunakan penyedia servis yang sama (contohnya NetKL, ServerFreak dan GoDaddy). Melalui cara ini, pihak hosting akan terus membuat tetapan yang betul pada DNS domain tersebut. Cara ini juga biasanya lebih murah kerana domain dipakejkan bersekali dengan hosting.

Membeli nama domain secara berasingan daripada pakej web hosting akan memerlukan sedikit kerja tambahan. Ini kerana pada kebiasaannya, kita perlu membuat tetapan pada DNS domain tersebut, selain memastikan tetapan tersebut adalah betul. Jika terdapat kesilapan pada tetapan DNS, laman web kemungkinan tidak akan dapat diakses.

Secara peribadi, saya lebih suka membeli nama domain secara berasingan daripada web hosting. Dengan cara ini saya boleh bertukar pakej hosting daripada penyedia servis yang berbeza dengan lebih mudah dan cepat. Pendaftar (Registrar) nama domain pilihan saya ialah NameCheap.

Membeli nama domain di NameCheap adalah cukup mudah dengan hanya 3 langkah:

  1. Mendaftar masuk (sign up / sign in) di NameCheap.com
  2. Buat carian nama domain yang diinginkan
  3. Buat bayaran dengan menggunakan kad debit / kredit / PayPal

#1 – Sign Up / Sign In

Klik pautan Sign Up pada laman web NameCheap. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik pada butang ‘Create Account and Continue’. Pengesahan alamat emel mungkin perlu dilakukan.

#2 – Cari Nama Domain

Sebaik saja login, carian nama domain yang ingin dibeli boleh dilakukan dengan cara klik pada pautan ‘Domain’ seperti berikut:

Masukkan nama domain yang diinginkan pada rang carian. Sesetengah akhiran domain (.com / .monster) mempunyai diskaun jika dimasukkan kod promo yang ditunjukkan, semasa ingin membuat pembayaran nanti.

Sebagai contoh, saya memasukkan domain yang ingin dibeli pada ruang carian kemudian klik pada butang ‘Search’ yang berwarna oren. Hasilnya akan dipaparkan seperti berikut.

Jika ingin teruskan pembelian, boleh klik pada butang biru ‘ Add to cart’.

#3 – Buat Bayaran Pembelian Domain

Klik pada ‘Checkout’

Masukkan kupon diskaun jika ada. Bagi pendaftaran baru, boleh guna kupon seperti yang dicadangkan (NEWCOME698).

Klik ‘Apply’ dan ‘Confirm Order’. Boleh buat pilihan pembayaran menggunakan kad debit / kad kredit ataupun PayPal. Biasanya, saya akan memilih kaedah pembayaran menggunakan PayPal kerana lebih cepat.

Sebaik selesai proses pembayaran, emel akan dihantar oleh pihak NameCheap menandakan domain sudah boleh ditetapkan untuk digunakan pada mana-mana web hosting.

Nama domain yang telah berjaya dibeli dan dimiliki akan turut dipaparkan pada Dashboard.

Tetapan web hosting pada DNS domain yang telah dibeli boleh dilakukan pada pautan ‘Manage’.

Leave a Comment