Cerita Tentang Kesusahan Hidup

Semakin hari, boleh dikatakan kos untuk hidup semakin tinggi. Saya yang sering berulang-alik dari Kelantan ke Sarawak atas tanggungjawab kerja sangat terasa dengan peningkatan kos-kos ini.

Walaupun saya cuba mengatasi masalah ini dengan cara melakukan kerja sampingan, namun ‘bisnes’ yang dijalankan ini agak perlahan sekarang, mungkin disebabkan ramai yang berjimat dan mengelakkan diri daripada mengeluarkan kos-kos yang dirasakan tiada kaitan dengan kos rutin untuk hidup (kos membeli makanan, pengangkutan, sewa rumah dll).

Saya tahu ramai lagi yang turut terasa kesan dan beban yang lebih berat daripada yang saya alami. Banyak bukti yang saya lihat dengan mata kepala saya sendiri.

  1. Saya sedang menunggu bas di terminal bas Bintulu untuk ke Sibu bagi menaiki penerbangan pulang ke semenanjung untuk bercuti (tiket penerbangan dari Sibu-KL jauh lebih murah dari Bintulu-KL). Semasa membeli air dan makanan untuk dimakan di atas bas, seorang makcik tua yang turut sedang meninjau-ninjau makanan untuk dibeli bertanyakan harga makanan tersebut dari pekedai. Walaupun harga makanan (kerepek) tersebut tidaklah mahal, makcik tersebut meletakkan kembali bungkusan tersebut di tempat asalnya. Bila saya tanyakan kepada makcik tersebut, makcik tersebut hanya menjawab, duit yang dibawa beliau tidak cukup kerana harga yang berbeza daripada harga sebelum ini.
  2. Saya mengenali ramai peniaga yang berniaga secara online. Namun ramai daripadanya terpaksa berhenti berniaga kerana tidak cukup modal dan tiada keuntungan dalam perniagaan, untuk mereka roll in balik dalam perniagaan mereka.
  3. Ada rakan di bandar terpaksa meminjam wang kerana terpaksa membayar sewa rumah yang makin meningkat, sehingga terpaksa mengikat perut dengan memakan makanan yang hampir sama setiap hari.

poverty

Banyak lagi cerita, malah saya kenal beberapa orang yang melakukan ‘kerja yang tidak disukai mereka dan undang-undang’ semata-mata kerana terpaksa mencari pendapatan sampingan untuk menampung kos hidup yang makin meningkat.

Moga dianugerahkan Allah kepada kita pemimpin yang mampu membantu hidup kita di negara sendiri menjadi lebih mudah dan tenang, bukan pemimpin yang menyebabkan kita semakin rasa tercengkam di negara sendiri. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *