Daftar dan Hidupkan Server untuk Web Hosting Pada Vultr

Setelah membeli nama domain, kita akan memerlukan satu ruangan khas untuk meletakkan fail-fail berkaitan laman web atau blog yang akan dibina. Ruangan itu yang disebutkan juga sebagai web hosting boleh disediakan dengan cara menghidupkan satu komputer pelayan (server) seterusnya memasang pelayan web (webserver) seperti Apache, Nginx atau Litespeed pada server tersebut.

Banyak syarikat penyedia server yang boleh dipilih seperti Amazon AWS, Digital Ocean, dan Upcloud. Pilihan saya pula ialah Vultr. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mendaftar dengan Vultr di laman webnya. Masukkan emel dan kata laluan seterusnya klik pada butang ‘Create account’.

Sebaik mendaftar, emel pengesahan akan diterima di alamat emel yang didaftar. Klik pada butang ‘Verify Your E-mail’ yang terdapat dalam emel yang dhantar oleh Vultr.

Seterusnya, login ke dashboard Vultr untuk mula menghidupkan (deploy) server. Maklumat peribadi dan kaedah pembayaran mungkin perlu dikemaskini terlebih dahulu sebelum satu-satu server boleh dihidupkan. Klik pada icon + dan pilih ‘Deploy New Server’.

Apa yang bagus mengenai Vultr ini ialah, server yang dihidupkan (deploy) boleh dimusnahkan (destroy) pada bila-bila masa yang kita mahu. Kosnya pula bergantung kepada spesifikasi server yang dihidupkan serta tempoh masa server tersebut digunakan sebelum dimusnahkan.

Semasa deploy server baru, terdapat beberapa pilihan yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, untuk hoskan sebuah web yang baru, saya membuat pilihan tetapan yang lebih berkos rendah.

Pada pilihan ‘Choose Server’, saya memilih ‘Cloud Compute’

Pada pilihan ‘CPU & Storage Technology’, saya memilih ‘Intel High Performance’

Pada pilihan ‘Server Location’, lokasi dengan target audien terdekat perlu dipilih. Disebabkan target audien web ini adalah dari Malaysia, saya memilih lokasi server yang terletak di ‘Singapore’

Bagi tujuan hosting, saya akan menggunakan CyberPanel sebagai server control panel dan Open Litespeed sebagai webserver. Oleh itu, pada pilihan ‘Server Image’, saya memilih ‘Ubuntu 20.04 LTS x64’

Pada pilihan ‘Server Size’, saya memilih opsyen yang paling rendah. Bahagian ini boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian pada masa hadapan.

Saya memilih ‘Off’ pada pilihan ‘Enable Auto Backups’ dan tidak membuat sebarang perubahan tetapan pada pilihan ‘Additional Features’

Tiada perubahan tetapan dilakukan pada pilihan ‘SSH Keys’ manakala pada pilihan ‘Server Hostname & Label’ pula, saya memasukkan nama website yang akan dibina.

Setelah selesai membuat tetapan-tetapan ini dan bersetuju dengan kos yang bakal dikenakan, klik pada butang biru ‘ Deploy Now’. Kos yang ditunjukkan adalah untuk sebulan penuh. Sekiranya server ini dimusnahkan lebih awal, kos yang akan dikenakan adalah lebih rendah.

Server akan mula dipasang dan dihidupkan. Status ‘Installing’ akan bertukar menjadi ‘Running’ apabila proses ini selesai.

Sebaik selesai proses ini, satu emel notifikasi akan dihantar oleh pihak Vultr kepada emel yang kita gunakan semasa pendaftaran. Bagi melihat maklumat berkaitan server yang dihidupkan ini, klik pada nama server tadi.

Maklumat IP Address, Username dan Password akan digunakan sewaktu memasang server control panel dan webserver kelak.

Leave a Comment