Maklumat Lanjut Berkenaan Servis Coaching

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana berminat untuk mendapatkan servis coaching daripada saya. Melalui servis ini, saya akan menunjukkan kepada anda langkah-demi langkah pembinaan satu-satu blog ataupun kedai online, secara hands on, menggunakan platform WordPress. Berikut ialah maklumat lanjut berkenaan servis personal coaching berkenaan.

Tarikh, Hari dan Masa

Anda boleh menentukan sendiri bilakah hari dan tarikh yang anda inginkan. Masa untuk satu servis coaching adalah dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Tempat

Secara umumnya, anda boleh menentukan tempat yang bersesuaian untuk coaching ini diadakan. Syaratnya, tempat yang ditentukan tersebut perlulah mudah untuk diakses menggunakan kenderaan awam terutama sekali monorel, LRT atau komuter.

Kos

Caj untuk khidmat coaching pembinaan blog atau kedai online menggunakan WordPress ini adalah bermula dari RM100 bergantung kepada lokasi dan tahap kompleksiti web / blog yang ingin dibina. Walau bagaimanapun, saya sentiasa terbuka untuk perbincangan dengan anda 🙂

Apa Yang Saya Dapat?

1- Kemahiran membina blog dan kedai online menggunakan WordPress
2- Kaedah mengurus blog dan kedai online dengan baik
3- Theme premium (Genesis) untuk digunakan pada blog / kedai online
4- Kaedah mendapatkan bayaran dan mengurus order (kedai online)
5- Sebarang persoalan yang anda tanya akan saya cuba selesaikan.

Sila berhubung dengan saya jika berminat.