Menyelesaikan Masalah 502 Bad Gateway Blog Ghost

Bangun pagi ini terus dapat pengalaman baru apabila blog saya yang menggunakan Ghost ini tidak dapat diakses. Apabila saya memasukkan url blog (http://alimie.space), ia hanya memaparkan skrin putih dengan mesej ralat 502 Bad Gateway.

alimie.space 502 bad gateway

Sebelum itu, ralat 502 Bad Gateway ini bermaksud:

The server was acting as a gateway or proxy and received an invalid response from the upstream server.

Ralat 502 Bad Gateway Apabila Cuba Mengakses Blog

Kisahnya bermula begini. Pagi ini saya menerima emel daripada pihak Vultr, iaitu penyedia server yang saya gunakan untuk mengehoskan blog. Dalam emel tersebut, pihak Vultr menyatakan bahawa server yang mengehoskan blog ini terpaksa dibut semula (reboot) apabila didapati terdapat masalah pada nod perkakasannya.

emel vultr hardware node issue

Sedikit carian Google menemukan definisi ‘hardware mode’ (ye, saya tak tahu apa benda yang dimaksudkan dengan hardware node tu)

Node (networking), a device such as a computer or switch attached to a computer or telecommunications network, or a point in a network topology where lines intersect or terminate.

Bagaimana Saya Menyelesaikan Masalah 502 Bad Gateway Ini?

Apabila saya melakukan carian Google, terdapat beberapa blog yang menyarankan agar servis Ghost dimulakan semula pada server melalui penggunaan arahan sudo service ghost restart.

Oleh sebab saya membuat pemasangan Ghost pada server ini menggunakan tutorial memasang Ghost di Digital Ocean yang ini, saya pasti cara tersebut mungkin tidak sesuai untuk blog ini.

Ini kerana, saya menggunakan modul forever.

forever is a node module which can be used to start Ghost in the background and monitor to make sure it stays up. If Ghost crashes, forever will automatically start another instance of Ghost.

Oleh itu, saya cuba meneliti samada proses yang saya tetapkan menggunakan forever masih berjalan atau tidak. Arahan yang saya gunakan untuk meneliti perkara ini ialah forever list.

forever list no process

Kemudian, bagi menjalankan semula proses forever untuk blog ini, saya menggunakan arahan NODE_ENV=production forever start index.js dan membuat pemeriksaan sekali lagi dengan menggunakan arahan forever list.

forever list available

Alhamdulillah, akhirnya blog kembali berfungsi.

blog kembali berfungsi

Rumusan

Apabila menghadapi sesuatu masalah, terutamanya untuk sesuatu perkara yang baru dipelajari seperti Ghost, sangat perlu untuk saya bersedia dan rajinkan diri mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.

Jalan penyelesaian itu boleh jadi dapat ditemukan dengan membuat carian mudah di Google, merujuk forum-forum, ataupun membandingkan semula kaedah penyelesaian yang dicadangkan dengan meneliti langkah-langkah yang saya lakukan semasa memulakan sesuatu perkara.

Dalam hal ini, dengan cara membandingkan kaedah penyelesaian yang dicadangkan hasil daripada carian Google, dengan langkah pemasangan Ghost yang saya lakukan, akhirnya masalah 502 Bad Gateway yang dihadapi semasa mengakses blog ini dapat diselesaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *