Bagaimana Menggunakan Crontab Bagi Memulakan Semula Proses ‘Forever’ Sebaik Server Reboot

Pagi ini, saya menerima sekali lagi emel daripada pihak Vultr yang menyatakan bahawa server yang mengehoskan blog Ghost saya telah di reboot. Dan masalah 502 Bad Gateway berulang kembali seperti dalam post saya sebelum ini.

Saya mendapati, proses forever ini akan berhenti dan tidak dapat dimulakan semula jika server di reboot. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, saya menggunakan crontab.

Membuat Tetapan Pada Crontab

Crontab ataupun ‘cron table’ ialah satu senarai arahan yang akan dijalankan secara berulang-ulang bersesuaian dengan waktu dan situasi yang diinginkan oleh kita. Crontab ini menggunakan cron / cron job untuk menjalankan fungsinya.

Dalam hal ini, saya akan memasukkan arahan agar proses forever dimulakan semula sekiranya server di reboot. Semua tetapan ini saya lakukan sebaik log masuk ke server melalui user ghost (user ghost ini telah dibuat semasa memasang platform blogging Ghost ini pada server, baca sini) seterusnya masuk ke direktori yang dipasangkan dengan Ghost.

Memasukkan Arahan Baru Pada Crontab

Sebagai user ghost, saya menjalankan arahan berikut bagi mengubahsuai crontab untuk memasukkan arahan baru berkaitan forever ini.

$ crontab -e

Kemudian, pilih teks editor yang ingin digunakan. Saya memilih untuk menggunakan nano (taip 2 dan tekan Enter). Setelah nano memaparkan crontab, saya memasukkan baris arahan berikut:

@reboot NODE_ENV=production /usr/lib/node_modules/forever/bin/forever start /var/www/ghost/index.js

Klik Ctrl + X, seterusnya Y dan klik Enter untuk menyimpan arahan baru ini pada crontab. Baris berikut akan muncul:

crontab: installing new crontab

Memastikan Arahan Cron Yang Dimasukkan Berfungsi

Cara paling senang untuk memastikan samada arahan yang dimasukkan ke dalam crontab berfungsi ataupun tidak ialah dengan reboot semula server menggunakan arahan sudo reboot.

Sebaik server reboot, saya cuba mengakses blog saya melalui browser. Alhamdulillah, blog berjaya dipaparkan semula dan tiada lagi mesej ralat 502 Bad Gateway.

Rumusan

Sememangnya menggunakan Ghost ini lebih mencabar dan memerlukan lebih banyak kerja dilakukan oleh saya, terutama kerana menggunakan dan menguruskan server sendiri.

server

Walau bagaimanapun, semua ini berbaloi kerana semakin banyak masalah yang dilalui, semakin bertambah ilmu saya berkaitan Ghost khususnya dan pengurusan server amnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *