Monolog 1

Bismillahirrahmaanirrahiim. Dah lama saya tak menulis dalam blog ini. Entri terakhir adalah pada hujung tahun lepas, berkenaan kedai-kedai online yang pernah saya hasilkan untuk klien.

Tahun ni ada juga tulis dua tiga entri untuk dijadikan artikel namun terperap saja dalam ruangan draf, belum ada semangat untuk siapkan artikel-artikel tersebut. Jika ada kelapangan, insya Allah artikel-artikel tersebut akan cuba disiapkan juga nanti.

Continue reading “Monolog 1”

Pengalaman Saya Membina Kedai Online & Status Kedai Online Tersebut Sekarang

Saya terharu melihat masih terdapat laman web ecommerce yang saya bina untuk klien saya sebelum ini masih berfungsi dengan baik (berdasarkan apa yang dilihat).

Continue reading “Pengalaman Saya Membina Kedai Online & Status Kedai Online Tersebut Sekarang”

Cerita Tentang Kesusahan Hidup

Semakin hari, boleh dikatakan kos untuk hidup semakin tinggi. Saya yang sering berulang-alik dari Kelantan ke Sarawak atas tanggungjawab kerja sangat terasa dengan peningkatan kos-kos ini.

Walaupun saya cuba mengatasi masalah ini dengan cara melakukan kerja sampingan, namun ‘bisnes’ yang dijalankan ini agak perlahan sekarang, mungkin disebabkan ramai yang berjimat dan mengelakkan diri daripada mengeluarkan kos-kos yang dirasakan tiada kaitan dengan kos rutin untuk hidup (kos membeli makanan, pengangkutan, sewa rumah dll).

Continue reading “Cerita Tentang Kesusahan Hidup”

Pengalaman Menghantar Motosikal Dari Sarawak Ke Semenanjung (Kelantan) Menggunakan MasKargo

Saya baru sahaja pulang dari Sarawak Bumi Kenyalang, sedikit lewat cuti sekolah saya bermula kerana terpaksa menguruskan proses penghantaran motosikal dari Bintulu ke Kota Bharu menggunakan MasKargo. Insya Allah dalam entri ini saya akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya menggunakan perkhidmatan MasKargo ini.

Continue reading “Pengalaman Menghantar Motosikal Dari Sarawak Ke Semenanjung (Kelantan) Menggunakan MasKargo”

Permulaan Baru Blog

Bismillahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillah, akhirnya dapat saya setup semula blog peribadi ini selepas beberapa masalah teknikal yang berlaku.

 

Bukan senang untuk maintain menulis dalam satu-satu blog apabila tuan punya blog itu bekerja di tempat yang tiada talian telefon dan internet serta letaknya pula adalah hampir 7 jam dari bandar terdekat, dengan separuh daripada perjalanan tersebut adalah melalui jalan balak melintasi gaung dan tebing tinggi yang bila-bila masa saja boleh berlaku tanah runtuh.

Continue reading “Permulaan Baru Blog”