Pengalaman Saya Membina Kedai Online & Status Kedai Online Tersebut Sekarang

Saya terharu melihat masih terdapat laman web ecommerce yang saya bina untuk klien saya sebelum ini masih berfungsi dengan baik (berdasarkan apa yang dilihat).

Ini kerana, bukan senang untuk memastikan sesebuah web atau kedai online tersebut berfungsi setelah sekian lama. Banyak juga perkara yang perlu ‘dijaga’ oleh webmaster berkenaan. Tahniah saya ucapkan kepada pemilik / webmaster bagi kedua-dua kedai online berikut:

1- Zizoustylish – Antara kedai online pertama yang saya bina menggunakan platform WordPress dengan plugin page builder daripada site origin. Membina Zizoustylish telah membantu saya menjadi lebih mahir dalam ‘memanipulasi’ plugin bagi kegunaan yang bersesuaian dengan blog ataupun kedai online yang dibina.

zizoustylish

2- NiagaKecil – Kedai online yang mencabar pengetahuan saya dalam penggunaan CSS dan html kerana untuk seorang web developer yang masih baru ketika itu, bukan senang untuk menjadikan sesebuah web kelihatan transparen dan dalam masa yang sama, memastikan artikel dan barang jualan masih dapat diakses dengan baik.

niagakecil

Ada beberapa web dan kedai online yang saya bina sudah tidak dapat diakses, mungkin kerana domain dan hosting telah tamat dan pemilik web tersebut membuat keputusan untuk tidak menyambungnya. Insya Allah, untuk projek membina kedai online yang seterusnya, saya akan menggunakan sistem dan design yang lebih baik 🙂

Ps: Jika berminat untuk belajar membina kedai online seperti ini, boleh baca maklumatnya di sini. Jika mahu saya sendiri yang binakan kedai online untuk anda, jangan segan untuk hubungi saya menggunakan borang contact yang telah disediakan. Terima kasih (>_<)

2 Replies to “Pengalaman Saya Membina Kedai Online & Status Kedai Online Tersebut Sekarang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *