Memeriksa Emel Domain Sendiri Secara Mudah Menggunakan Aplikasi Bluemail

Saya mempunyai beberapa domain dan telah menggunakan domain-domain ini untuk emel.

Bagi memeriksa akaun-akaun emel berdomain sendiri ini, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan. Namun cara yang paling mudah ialah melalui aplikasi ’email client’ telefon pintar android / iphone.

Aplikasi Email Client Telefon Pintar

Terdapat banyak aplikasi email client yang boleh digunakan tetapi dua aplikasi yang saya pernah dan masih gunakan ialah Newton (aplikasi berbayar) dan Bluemail.

Untuk artikel kali ini, saya akan menunjukkan bagaimanakah cara saya menggunakan aplikasi Bluemail.

1. Muat Turun & Pasang Bluemail

Aplikasi Bluemail ini boleh dimuat turun dan dipasang terus dari Google Playstore.

2. Tambah Akaun Emel Dalam Bluemail

i- Mulakan aplikasi Bluemail dan klik ‘Add Other Account’
Bluemail 1

ii- Pilih ‘other account’ pada pilihan penyedia emel yang dipaparkan.
Bluemail 2

iii- Masukkan alamat dan kata laluan bagi akaun emel yang ingin ditambahkan.
Bluemail 3

iv- Bluemail akan memeriksa tetapan server bagi emel tersebut. Klik done pada kedua-dua paparan seterusnya yang muncul.
Bluemail 4

Bluemail 5

Bluemail 6

v- Akaun emel dengan domain sendiri telah berjaya ditambah pada aplikasi Bluemail!

Bluemail 7

Rumusan

Menggunakan aplikasi email client pada telefon pintar sememangnya memudahkan saya untuk memeriksa akaun-akaun emel tersebut. Semoga cara yang saya gunakan ini bermanfaat juga untuk anda yang membacanya.

🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *