Pilihan Akaun Emel Selain GMail

Ramai antara kita yang menggunakan akaun emel Google, ataupun GMail, termasuklah saya. Boleh dikatakan, hampir semua pengguna telefon pintar dengan sistem operasi android, akan menggunakan GMail bagi memudahkan tugas penyelarasan (synchronise) antara peranti, serta bagi mendapatkan aplikasi daripada Google Play Store.

Walau bagaimanapun, untuk memilih alamat emel GMail yang bersesuaian dengan nama, seperti abu@gmail ataupun izzah@gmail sekarang ini adalah mustahil kerana kebanyakan nama / alamat emel telah dimiliki oleh orang lain. Kecualilah jika ditambahkan angka dibelakang nama menjadi abu2016@gmail dan sebagainya.

Jika anda ingin mendapatkan emel dengan pilihan nama anda sendiri, terdapat beberapa opsyen lain selain daripada GMail.

Ini antara opsyen ataupun penyedia emel yang anda boleh cuba:

  1. GMX – pilihan untuk akaun emel yang ringkas. Penyedia akaun emel percuma ini membolehkan anda menghantar emel dan attachment sehingga 50 mb.
  2. Proton Mail – akaun emel yang selamat dengan sistem penyulitan
  3. Zoho Mail – antara pilihan penyedia emel yang pantas dengan user interface yang cantik. Terdapat pilihan untuk menggunakan domain sendiri sebagai emel.
  4. iCloud Mail – jika anda berkira-kira untuk mendapatkan peranti keluaran Apple, atau mungkin sedang menggunakan peranti Apple seperti iphone, anda berpeluang untuk daftar emel percuma dengan alamat icloud.
  5. Outlook – live mail ataupun outlook mail merupakan akaun emel daripada Microsoft. Dengan mendaftar akaun microsoft, anda akan mendapat penawaran yang sama seperti di Google iaitu cloud storage percuma di OneDrive serta perisian produktiviti percuma di office online.

Jika anda mengetahui penyedia-penyedia lain yang turut mempunyai penwaran servis emel sebagai alternatif kepada gmail, dialu-alukan untuk berkongsi di ruangan komen.

😊