Pindah & Gabung

Saya mempunyai satu tabiat yang agak tidak bagus iaitu suka membeli domain terutama yang mempunyai nama saya di dalamnya. Contohnya Alimie.CO, Alimie.SPACE serta blog ini sendiri iaitu Alimie.COM. Ini menyebabkan saya tidak dapat fokus menulis yang mengakibatkan semuanya terbiar.

Oleh itu, saya membuat keputusan untuk menggabungkan kandungan daripada dua blog ini (alimie.com + alimie.space) dan membiarkan sebuah blog lagi fokus dengan kandungan berkaitan WordPress. Untuk kedua blog yang digabungkan ini, saya menggunakan Ghost sebagai platform blogging atas beberapa sebab tertentu.

Pindah

Langkah pertama yang saya lakukan ialah memindahkan semua kandungan Alimie.COM daripada rumah lama yang pada asalnya menggunakan WordPress yang saya hoskan di Vultr untuk dimasukkan ke dalam rumah baru iaitu Ghost.

Blog Alimie.COM dengan platform baru ini saya hoskan di HawkHost setelah berpuas hati dengan prestasi server dan support yang mereka berikan.

Bagaimana Memastikan Semua Kandungan Selamat Dipindahkan?

Bagi memastikan tiada kandungan yang tercicir, saya telah mengikuti langkah memindahkan kandungan blog daripada WordPress ke Ghost yang banyak terdapat di internet. Satu artikel yang paling baik ialah yang terdapat di blog Ghost For Beginner iaitu artikel How to Migrate From WordPress to Ghost.

blog WordPress

Satu masalah yang saya hadapi sewaktu proses pemindahan ini ialah masalah kehilangan komen. Berdasarkan panduan yang ditunjukkan dalam artikel yang disebutkan sebelum ini, saya telah cuba membuat migrasi komen daripada sistem komen WordPress ke sistem komen Disqus tapi masih tidak berjaya.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh saya yang masih belum faham dan mahir dengan sistem Disqus. Saya masih lagi mencari jalan bagi menyelamatkan komen-komen tersebut.

Bagaimana Saya Menggabung Kandungan Dua Blog

Saya telah menggunakan platform Ghost pada blog Alimie.SPACE dan blog ini juga dihoskan di Vultr. Langkah pertama yang saya lakukan untuk memindah dan menggabungkan kedua-dua blog ini ialah dengan menggunakan fungsi eksport pada blog Alimie.SPACE. Proses ini menghasilkan fail kandungan berformat JSON. Setelah itu, saya mengimport fail tersebut melalui dashboard blog Alimie.COM.

Selesai.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan SEO daripada blog lama Alimie.SPACE tidak dibazirkan, saya menggunakan fungsi permanent redirect yang terdapat dalam domain management Namecheap (domain ini dibeli dengan harga promosi daripada NameCheap).

Fungsi redirect ini membolehkan pautan lama contohnya domainA.com/artikel1/ diarahkan ke pautan baru di domainB.com/artikel1/. Bagi kes blog ini, jika hasil carian yang menunjukkan pautan dari blog lama diklik, pengunjung akan tetap dibawa ke artikel berkenaan yang telah dihoskan di blog baru dengan domain yang baru.

hasil carian Alimie Space

Rumusan

Sedar tak sedar, saya telah menulis sekitar 400 perkataan dalam artikel ini secara berstruktur. Ini adalah salah satu sebab saya menggunakan Ghost sebagai platform blogging. Ianya memudahkan saya untuk menulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *