Monolog 1

Bismillahirrahmaanirrahiim. Dah lama saya tak menulis dalam blog ini. Entri terakhir adalah pada hujung tahun lepas, berkenaan kedai-kedai online yang pernah saya hasilkan untuk klien.

Tahun ni ada juga tulis dua tiga entri untuk dijadikan artikel namun terperap saja dalam ruangan draf, belum ada semangat untuk siapkan artikel-artikel tersebut. Jika ada kelapangan, insya Allah artikel-artikel tersebut akan cuba disiapkan juga nanti.

Saya sebenarnya tidak suka menulis (a.k.a. menaip). Lebih gemar membaca. Tapi kadang-kadang perlu juga tulis sesuatu agar apa yang dibaca tu dapat difahami dan diingat untuk satu tempoh masa yang lama.

monolog

Benarlah artikel yang ditulis oleh saudara Suhimi Nain berkenaan perlu ada jiwa jika hendak konsisten menulis artikel dalam blog. Ringkasnya, hanya perlu tulis apa yang diketahui, disukai, serta dialami oleh diri sendiri agar jiwa untuk menulis artikel di blog itu berterusan.

Moga idea dan semangat untuk menulis itu berterusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *