Permulaan Baru Blog

Bismillahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillah, akhirnya dapat saya setup semula blog peribadi ini selepas beberapa masalah teknikal yang berlaku.

Permulaan Baru Blog

Bukan senang untuk maintain menulis dalam satu-satu blog apabila tuan punya blog itu bekerja di tempat yang tiada talian telefon dan internet serta letaknya pula adalah hampir 7 jam dari bandar terdekat, dengan separuh daripada perjalanan tersebut adalah melalui jalan balak melintasi gaung dan tebing tinggi yang bila-bila masa saja boleh berlaku tanah runtuh.

Sedikit emosi. Bukan apa, banyak kandungan dalam blog sebelum ini hilang begitu sahaja tanpa dapat diselamatkan.

Walau bagaimanapun, saya akan anggap ini sebagai satu peluang untuk permulaan baru blog. Saya cuba menjadi seorang yang memandang satu-satu masalah daripada sudut yang positif kerana saya pernah terbaca bahawa, orang yang besar jiwanya, adalah orang yang dapat menerima sesuatu perkara itu dengan berlapang dada.

Moga dipermudahkan sekali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *